Normantis Update

Kemegahan – Puisi Mohammad Yamin

Karya: Mohammad Yamin

Formula one

KEMEGAHAN
Karya: Mohammad Yamin

(Pusaka bersama ialah “Bahasa”)

Aduh kekasihku juita kesuma
Di mana gerangan intan mutiara
Pusaka nenekku milik bersama
Hilang sahaja tidak berkira?

Buah hatiku puspa Padma
Buka dadamu molek dan dara
Supaya kulihat benda utama
Sorak seramai seluruh Sumatera.

O, intan di dada perawan
Walau becaya tiada kelihatan
Sepantn bulan diliputi awan.

Aduh Padma, emas tempawan
Oleh serimu, permata intan
Berdesir semangatku, dimabuk rawan.

Ketika Tuan di dalam kandungan
Belum sejengkal, tiada bergaya
Sudahlah sedia sayang gerangan
Permata ini akan bercaya.

Beta bertanya, kekasih imangan
Mengapa kini Tuan-mulia-ya
Termenung selalu, ditarik angan
Berdiam sahaja tiada berdaya?

Di dalam mimpi tengah malam
KUlihat langit, hijau nirmala
Bertabur bintang, berseri silam.

Kemudian kejora di tengah kelam
Timbul berseri intan kemala
Menyinari bumi di atas ‘alam

Jong Sumatra (1921)
Mohammad Yamin

Masukkan alamat Emailmu.

Join 3,703 other followers

%d bloggers like this: